Alhamdulillah, akhirnya topik 2 iaitu reka bentuk pengajaran telah saya pelajari dan hadir pada sesi kuliah tersebut. Terdapat pelbagai ilmu yang saya peroleh yang dapat dijadikan sebagai bekalan pada masa akan datang. Pembelajaran topik ini amat sesuai dipelajari oleh semua guru-guru pelatih.
Hal ini kerana, reka bentuk pengajaran adalah proses sistematik bagi menterjemahkan prinsip-prinsip umum suatu pengajaran dan pembelajaran kepada perancangan bagi menghasilkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dapatlah dikatakan bahawa reka bentuk pengajaran merupakan salah satu daripada bahan bantu mengajar.
Selain itu, saya juga baru menyedari kepentingan reka bentuk pengajaran bagi sesi P&P. Reka bentuk pengajaran dapat membantu seseorang guru itu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara kepentingan reka bentuk pengajaran yang saya berjaya mencatat semasa sesi kuliah ialah menghasilkan pengajaran/latihan dan bahan pengajaran yang sistematik dan berkesan. Walaubagaimanapun, bahan pengajaran yang direkabentuk dan dibina juga perlu dinilai, diguna dan diurus supaya dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, saya juga baru mengetahui akan kewujudan model-model reka bentuk pengajaran dan kebanyakan nama bagi model tersebut tidak pernah saya dengar. Antara model-model reka bentuk pengajaran ialah model ASSURE dan model ADDIE. Akhir sekali, saya berharap agar ilmu yang saya pelajari semasa sesi kuliah dapatlah saya manfaatkan ilmu tersebut semasa mengajar nanti.