Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya, sesi p&p bagi topik teknologi pendidikan, reka bentuk pengajaran dan media pengajaran telah berjalan dengan lancar pada 17/ 06 / 2013. Terdapat beberapa kelebihan yang telah diperoleh semasa sesi kuliah tersebut. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga topik itu mempunyai kelemahan dan kekuatannya yang tersendiri.
Berdasarkan tajuk 1 iaitu Teknologi Pendidikan saya barulah mengetahui maksud sebenar teknologi itu sendiri. Berdasarkan apa yang telah saya pelajari perkataan teknologi menurut Galbraith (1967) adalah merujuk kepada kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas manakala maksud pengajaran menurut Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, (1991) ialah “Dari segi pendidikan, pengajaran merupakan suatu aktiviti atau proses yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku, sikap atau kepercayaan pelajar. Proses pengajaran melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penghuraian, demonstrasi, penggunaan alat bantu mengajar, bersoal jawab dan sebagainya”.
Seterusnya, apa yang dapat saya rumuskan ialah teknologi pendidikan merujuk kepada penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan pendidikan dan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ia menimbulkan pembelajaran. Selain itu, teknologi pengajaran juga mempunyai beberapa domain iaitu Reka Bentuk, Pembangunan, Penggunaan, Pengurusan, Penilaian- Pengukuran rujukan kreteria, Penilaian formatif dan Penilaian Sumatif.
Di samping itu, saya juga mula menyedari tentang kepentingan tekonologi pendidikan dalam sesi P&P setelah mempelajari topik teknologi pendidikan. Antara beberapa input yang saya peroleh semasa sesi kuliah topik tersebut ialah teknologi pengajaran boleh memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran dengan berkesan melalui pembekalan beberapa model pengajaran yang sesuai , teknik-teknik pengajaran yang maju serta perisian yang relevan dan pengurusan yang cekap